PUTRAJAYA, 20 MAC: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya mengesahkan kesemua 55 orang awam Malaysia dan 18 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat dalam misi United Nations Police (UNPOL) di Sudan Selatan selamat.
PUTRAJAYA, 8 FEB: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
PUTRAJAYA, 22 JAN: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran dahsyat di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye yang meragut 76 nyawa dan 51 cedera.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Malaysia dan Indonesia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menggesa semua pihak yang terlibat komited sepenuhnya terhadap pelaksanaannya.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.
PUTRAJAYA, 31 DIS: Kementerian Luar menjelaskan hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway, 26 Disember lalu.
PUTRAJAYA, 31 DIS: Kementerian Luar Negeri mengumumkan pelantikan seorang rakyat Malaysia, Dr Raja Subramaniam sebagai Pakar dalam Scientific Advisory Board (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).
PUTRAJAYA, 29 DIS: Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat penumpang Korea Selatan yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad, menurut kemas kini terkini oleh Kementerian Luar Negeri.
PUTRAJAYA, 28 DIS: Sekurang-kurangnya empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember, menurut Kementerian Luar pada Sabtu.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa 2,207 orang rakyat Malaysia ditahan di lebih 50 negara atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga Nov tahun ini.
PUTRAJAYA, 4 NOV: Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Oktober lalu.
PUTRAJAYA, 26 OKT: Malaysia mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas negara berdaulat Iran, terutamanya di Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi hari ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.
PUTRAJAYA, 24 OKT: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 8 OKT: Malaysia menyeru komuniti antarabangsa bersatu, mengambil tindakan tegas dan mendakwa rejim Zionis Israel atas jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin, menurut Kementerian Luar.
KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kementerian Luar mengesahkan enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dari Lubnan.
PUTRAJAYA, 5 OKT: Rakyat Malaysia di Bosnia Herzegovina diminta agar sentiasa berwaspada dan mematuhi pengumuman terkini oleh pihak berkuasa tempatan susulan kejadian tanah runtuh dan banjir besar yang melanda Perbandaran Jablanica.
PUTRAJAYA, 4 OKT: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini.
PUTRAJAYA, 3 OKT: Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular susulan peningkatan ketegangan di rantau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.